Kunci yang uzur atau selak yang ketat boleh menyebabkan kunci patah di dalam lubang kunci. Menolak serpihan atau meletakkan gam biasanya merosakkan silinder; alat pencangkuk khas menariknya keluar dengan selamat.
Skop kerja
Serpihan kunci rumah, kunci gril, kunci peti surat, kunci roller shutter, dan objek tersangkut di dalam silinder.
Cara lawatan dijalankan
Kami melincirkan pin kunci dan menarik keluar serpihan bilah kunci. Selepas dikeluarkan, kami menguji silinder dengan kunci pendua atau menukar silinder jika pin telah rosak.
Butiran untuk WhatsApp
Gambar dekat lubang kunci—jangan letak gam gajah atau minyak masak sebelum tukang kunci tiba.



